Saturday, 1 November 2014

Nyah ko lemak lemak..

0 comments
Sejak lepas beranakkan Hazel.. amboi... lemak lemak bergantungan mcm malu malu nak blah. Asek laaa melukut di tepi gantang gini. Serius letih jadi orang berlemak ni. Semputttt je.. 
Lepas 3 tahun, lega la.. walaupun tak seperti badan sebelum pregnantkan Hazel, tapi kuranglah lemaknya. 

Pregnant semula dengan Ezra. Nah... naik berkilo kilo pulak badan. Best kan? Best sangatttt.. haha. Everyday semput tau. Serius tak tipu.. teruk kan. Kalau orang cakap biarlah gemuk pun.. janji laki sayang. Betul laa tu.. memang laki sayang. Siap dia tak kasi pun diet diet... dia kata kesian, seksa badan Tapiiiii... ni kes nak diet sebab nak sihat.. n lagi satu, letih dah asek kena beli baju baru. Baju lama semua duk dalam kotak. Gila sadis.. 

Ah.. lagi pulak, ada satu lagi sebab. Sebab nak approach orang.... jumpa orang .. kenapa? Jeng jeng  jeng. Hari tu dah lulus dengan cemerlang exam exam. Untuk jadi wealth planner with Prudential. 

Untuk mereka yang impikan simpanan + perlindungan + kecemasan, boleh hubungi saya di 
012 3531082 
noniez.abidin@gmail.com
Insyallah. Untuk mereka yang inginkan simpanan perlindungan berteraskan Islam, boleh juga dapatkan konsultansi tentang Takaful. Besar kepentingannya. Mungkin masa sihat ni kita tak nampak semua tu.. percayalah. Satu hari nanti, kita akan rasa bersyukur kita buat simpanan dengan Prudential ni. 

Iklan semeta. Sambung balik pasal diet, sekarang tengah berdiet. Diet simple. Takdak dah minuman bergula/manis, takde nasi, roti dan mi, takdak makanan deep fry. Dah dekat 4-5 hari dah jugak berhenti minum all type of instant drink. Semua yang 3 in 1 tu... dah ku halau jauh jauh. Green tea dgn air kosong. Gila kan.... mmg kena kontrol emosi sangat. Penagih tegar... tak dapat kafein... asek marah je rasa. Juga, start balik buat yoga after 5 yrs stop. Memang seksa... nak buat gitu... lemak menghalang, buat gini lemak menghalang. I hate u lemak.. 

Sekian lah cerita bebelan tengah malam.