Friday, 20 May 2016

I'm Back

0 comments
Wah... kak non kembali yo !

Lama tak bobel bobel. Almaklum laa... bz bee. Banyak perkara dalam kepala otak ni. Macam boleh pecah ni. Tapi segala yang terjadi kan... ada hikmahnya. Slow slow.. tapi maju ke depan.. Insyallah kan.. 

Malam malam kak non sekarang dipenuhi dengan drama korea. Call me crazy tak sedar diri tapi layan drama korea mmg gandaan best dari yang lain kut. Jangan marah haa. Reality show dia pun sodap jugak. Ada jugak la pengaruh baiknya. Hazel sekarang dah pandai ucap "terima kasih untuk hidangan ni" bila kita siapkan makan dia. Cewah.. 

Sebab minat korea.. maka kak non dah bukak 1 kedai di IG dan FB untuk kosmetik dan skincare Korea 100% original. Memang kita deal dgn awek korea ni.... Alhamdulillah. Baru sebulan.. slowly slowly.. kita dah ada repeat customer jugak. Come la girls. Boleh try cuci mata kat kedai kak non. di Instagram kedainya nama @be.adorbs dan di FB namanya Be Adorbs. Insyallah.. pembelian 2 barang ke atas... selalunya kak non akan kasi diskaun. Juga untuk every pembelian.. kita kasi free gift.

Kak non suka lahproduk korea. Kebanyakkannya non chemical produk. No paraben, no hydroqu-apa tah dan merkuri juga. Sapa yang kenal kak non personally, boleh tengok bezanya muka kak non dulu dan sekarang. Memang beza... kak non pakai Doctorcos Premium yang glamer tu. Very very good... sapa ada skin problem.. memang kak non rekemen sangat ni. 

Sapa sapa ada kemusykilan, whatsapp la kak non yang baikhati ni. Insyallah.. kak non always sedia berkhidmat untuk negara dan penduduk malaysia sekelian. Kecuali time kak non terlena. Almaklum.... dah tua tua ni. Duk saja saja pun terlena. 

Sebenarnya ada banyak nak cerita ni. Tapi besok pulak la aih.. 

Akhir kata... add kedai kak non okeyyyyyyy... 




Wednesday, 24 February 2016

Rindu

0 comments


23hb Januari lepas..

Abah tersayang meninggalkan kami semua..
Alhamdulillah.. abah dikelilingi anak anak semua dan emak juga..
Bertarung dengan kanser selama lebih kurang 8 bulan (bermula tarikh disahkan kanser stage 4)

Masa abah masih di hospital sebelum di bawa pulang..
Baru sampai dari Kb (Grik)- panjang ceritanya
Peluk dan cium abah... abah cakap

"Jangan menanges...
 Semua yang hidup akan mati..
 Sekarang masa abah.. "

3 hari lepas dibawa pulang ke rumah..
Abah pergi di depan kami semua..

Redha memang redha..
Abah pun nampak sakit selalu..
Makan pun tak berselera..
Selalu kata sakit sakit badannya..

Tapi lepas abah pergi..
Rindu kat abah makin tak terkata
Abah seorang yang selalu buat lawak..
Abah seorang yang bagi kami... terlalu cool dan rileks..
Abah kata " takmau pi sekolah pun takpa, janji periksa kena nombor 1"

Abah tak pernah cakap dia sayang kami depan depan
Tapi dia selalu pastikan kami sihat.. selesa..
Masa berpantang dulu.. abahlah yang masakkan lauk macam2
Supaya Noni tak jemu katanya..
Abahla yang temankan Ezra dalam cot berjam2 di tepi tingkap
Duduk dan belek Ezra supaya tak kena gigit nyamuk dan semut halus
Tanpa jemu..

Banyak lagi memori dengan abah..
Sebab abah la hero aku sejak aku kecik lagi

Abah... abah..
Kami rindu sangat abah..
Terlalu rindu.

Moga abah tenang di sana abah..
Moga abah ditempatkan bersama mereka yang beriman..

Sayang abah..
Nanti kita jumpa semula ya abah.






Monday, 4 January 2016

Bercanda di pasiran pantai.. auwww

0 comments

Kepanasan...
Pasang ekon pun tetap la ketiak belemoih..
Makanya.. bos ajak gi bercanda tepi pantai..so kami ke Pantai Irama.. Bachok.

Eh... susah lah update blogspot pakai phone ni.

Stress akak



0 comments


Sunday, 13 December 2015

Alam ria cuti sekolah

0 comments
Lusa nak balik kampung.. yeehaaaa
Bila musim cuti sekolah..perkara first.. mesti balik kampung
Dari kecik gitu.. takdak istilah bercuti holiday main salji apa kelencut

Asal cuti sekolah... balik kampung
Asal balik kampung.. mesti cuti sekolah

So, lusa.. plan nak balik kampung lah..
Nak tengok maktok tokwan..
Yeayyy.. tak sabar sangat..
So hari ni mensetel laundry.. malam nak pack sket sket

Nak siapkan selai dua tudung.
Nak bawak balik mesin jahit.. toklaki bising.. nyampah tau..
So packing buku mewarna je lah.. hahahaah... senang

Nak kena buat list barang nak beli utk bawak balik Tepeng
Kopok gote n kopok keping ..
Asam balang.. kuih akok panas2 ..

Aaaaa... tak sabarnyaaaaa

Tepenggggg... tunggu aku datanggggggg